Monday, 16 March 2009

CoGo Crawling Insects Spray

I think semua orang pasti pernah mengalaminya tapi semburlah satu tong racun serangga biasa kat lipas mesti dia akan tetap hidup semula. Kadang-kadang kita kena buat sarang persembunyian dia mcm gas chamber (kebuk wap beracun) untuk membunuh lipas2 nie. Yang paling kita hangin pasal lipas nie ialah dia akan meninggalkan sejenis bau, pastu meninggalkan kesan-kesan gigitan pada kertas-kertas,bahan2 plastik, atau bahan2 diperbuat getah mcm butang remote.

Untuk makluman, kebanyakan racun serangga yang hangat di pasaran sebenarnya lebih sesuai untuk membunuh serangga-serangga yang terbang mcm nyamuk. Tetapi serangga macam lipas nie, liang-liang pernafasannya adalah di bahagian bawah (kira dada lipas lah) jadi bila kita sembur racun serangga kat dia secara terus, aerosol yang berasaskan petroleum nie hanya akan meninggalkan permukaan berminyak pada kulit lipas yang terdiri dari kitin.

So kaedah terbaik untuk membunuh lipas adalah menyembur permukaan yang dengan lapisan aerosol yang akan melekat dan menutup liang-liang pernafasan serangga-serangga merangkak seperti lipas menggunakan Co-Go Crawling Insects Spray. Kaedahnya pun mudah, hanya sembur dan biarkan saja. Semburan juga berkesan untuk mengawal lipas sehingga 6 minggu. Baunya pun mcm serai wangi.

Gambar-gambar nie diambik di rumah pengupdate blog di Kuching, Sarawak. Bahagian rumah nie memang menjadi "favourite" lipas sebab tempat simpanan kotak lama, gelap dan lembap (terutama time musim hujan). Seperti anda lihat bukan setakat lipas sahaja yang mati tetapi semut-semut hitam yang datang daripada pokok-pokok rambutan sekeliling rumah pun mengalami kematian yang tragis ...



Further readings:

The Feared, The Pest, The Cockroach under respiratory system


Disclaimer: The opinions expressed here is entirely based on our experience and may vary for others. This review is time sensitive; changes may occur to the product later on that can affect this opinion. The reviewers also declare that they have not received any monetary or non-monetary compensation from the company for writing the review.

0 comments:

Post a Comment